11 Oktober 2016 - 06:22
Ansarullah Nafi Lancarkan Peluru Berpandu Ke Arah USS Mason

Gerakan Ansarullah di Yaman pada hari Isnin telah menafikan dakwaan yang pasukannya telah mensasarkan serangan peluru berpandu ke atas kapal perang A.S.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Gerakan Ansarullah di Yaman pada hari Isnin telah menafikan dakwaan yang pasukannya telah mensasarkan peluru berpandu ke
atas kapal perang A.S. Washington sebelumnya mendakwa bahawa roket-roket tersebut telah dilancarkan dari wilayah yang dikuasai oleh gerakan tersebut di Yaman.

"Laporan yang mendakwa bahawa peluru berpandu Yaman telah disasarkan dari kawasan pantai negara ini adalah tidak berasas," menurut rangkaian berita SABA yang menukilkan maklumat tersebut daripada seorang pegawai tentera.

Jurucakap Pentagon berkata sebelumnya bahawa dua-dua peluru berpandu telah disasarkan ke atas kapal perang A.S dari kawasan pantai negara itu pada hari Ahad lepas. Tiada sebarang kemalangan dilaporkan kerana peluru berpandu tersebut tidak mengenai kapal perang itu.

Menurut Kapten Jeff Davis, peluru berpandu  itu disasarkan ke atas USS Mason dari kawasan yang dikuasai oleh Ansarullah di negara Yaman.

Pegawai pertahanan juga berkata bahawa kapal itu dilaporkan berada di dalam lautan antarabangsa iaitu lebih kurang 12 batu nautika dari luar pesisir pantai.

Peluru berpandu itu dilancarkan secara berasingan dengan sela masa selama 60 minit di antara setiap pelancaran.

Washington sedang giat menyokong pakatan tajaan Saudi di dalam usaha mereka untuk mengembalikan kuasa kepada bekas presiden Yaman, Abd Rabbuh Mansur Hadi yang sebelum ini telah meletakkan jawatannya. Campurtangan Riyadh di negara jirannya itu setekat ini telah menyaksikan 10000 orang terkorban.